Saturday, August 2, 2008

Majalah Malaysian Business keluaran Februari 2008 telah menyenaraikan 40 orang yang terkaya di Malaysia berdasarkan jumlah pegangan saham yang dilaporkan di bursa saham dan lain-lain pegangan saham yang boleh dinilaikan pada 18 Januari 2008. Blog ini pernah juga memaparkan 40 orang terkaya di Malaysia pada tahun lepas berdasarkan kajian yang di buat oleh majalah Forbes. Terkini : Senarai 40 Terkaya di Malaysia 2008 oleh Forbes Asia.

Berdasarkan kedua-dua senarai tersebut Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 84, kekal sebagai orang terkaya Malaysia. Turut tersenarai Ong Beng Seng, jutawan harta yang kini tinggal di Singapura adalah orang yang bertanggungjawab membawa perlumbaan Formula One ke republik itu. Hanya ada dua orang wanita yang tersenarai iaitu Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah dan Puan Sri Chong Chook Yew.

Berikut adalah senarai 40 orang yang terkaya di Malaysia berdasarkan kajian yang dibuat oleh majalah Malaysian Business;
1. Robert Kuok Hock Nien, 84, RM 58.110 billion, Kerry/Kuok
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan, 69, RM 19.625 billion, Usaha Tegas
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, 69, RM 14.943 billion, IOI Group
4. Tan Sri Quek Leng Chan, 65, RM 11.098 billion, Hong Leong Group
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 57, RM 8.550 billion, Albukhary Foundation
6. Tan Sri Teh Hong Piow, 78, RM 8.06 billion, Public Bank
7. Tan Sri Tiong Hiew King, 71, RM 3.87 billion, Rimbunan Hijau
8. Tan Sri Vincent Tan, 56, RM 3.40 billion, Berjaya Group
9. Tan Sri Lim Kok Thay. 56, RM 3.16 billion, Genting Group
10. Tan Sri Azman Hashim, 68, RM 2.87 billion, Arab-Malaysian Corp
11. Datuk Lee Yeow Chor, 42, RM 2.33 billion, IOI Group
12. Lee Yeow Seng, 29, RM 2.29 billion, IOI Group
13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 78, RM 1.74 billion, YTL Group
14. Ong Beng Seng, 62, RM 1.73 billion, Hotel Properties Ltd
15. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, 62, RM 1.49 billion, Sunway Group
16. Datuk Yaw Teck Seng, 70, RM 1.39 billion, Samling Group
17. Datuk Seri Lee Oi Hian, 58, RM 1.304 billion, Batu Kawan
18. Datuk Lee Hau Hian, 55, RM 1.301 billion, Batu Kawan
19. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, 54, RM 0.99 billion, YTL Group
20. Datuk Mokhzani Mahathir, 46, RM 0.97 billion, Kencana Petroleum
21. Datuk Yeoh Seok Hong, 49, RM 0.883 billion, YTL Group
22. Datuk Yeoh Seok Kian, 51, RM 0.881 billion, YTL Group2
3. Datuk Micheal Yeoh Sock Siong, 48, RM 0.87 billion, YTL Group
24. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, 43, RM 0.86 billion, YTL Group
25. Tan Sri Hamdan Mohamad, 52, RM 0.85 billion, Ranhill
26. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, 47, RM 0.83 billion, Gamuda
27. Tan Sri Dr Lim Wee Chai, 50, RM 0.78 billion, Top Glove Corp
28. Tan Sri Kua Sian Kooi, 56, RM 0.75 billion, Kurnia Asia
29. Puan Sri Chong Chook Yew, 85, RM 0.71 billion, Selangor Properties
30. Datuk Tony Tiah Thee Kian, 61, RM 0.67 billion, TA Enterprise
31. Datuk Tan Chin Nam, 82, RM 0.61 billion, Tan & Tan
32. Tan Sri Rozali Ismail, 52, RM 0.59 billion, Puncak Niaga Holding
33. Shaari Ismail, 53, RM 0.57 billion, Puncak Niaga Holding
34. Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun, 72, RM 0.533 billion, Gek Poh Holdings
35. Datuk Lin Yun Ling, 52, RM 0.532 billion, Gamuda
36. Datuk Seri Liew Kee Sin, 49, RM 0.52 billion, SP Setia
37. Ong Leong Huat, 64, RM 0.50 billion, OSK Holdings
38. Datuk Abdul Hamed Sepawi, 57, RM 0.49 billion, Naim Cendera Holdings
39. Datuk Tony Fernandes, 43, RM 0.47 billion, AirAsia
40. Kwan Ngen Chung, 48, RM 0.40 billion, Kwantas Corp

Perlu diingat bahawa nilai yang disebut di atas adalah berdasarkan maklumat yang boleh didapati secara umum dan ditolak hutang yang diistiharkan. Sudah tentu ada lebih ramai mereka yang mempunyai nilai harta yang sama atau lebih daripada yang tersenarai di atas. Nama mereka tidak ada di sini kerana pegangan saham tersebut tidak dapat dikaitkan secara langsung kepada mereka.